Rupa-rupanya syaitan pun takut berjumpa saidina Umar…bukan saja orang quraisy yang tidak islam tu yang takut kerana setelah saidina Umar bersuara “siapa yang berani mencabarku yang telah memeluk islam, sila tampil” bah kan syaitan pn takut.
Diriwayatkan daripada Muhammad bin sa’ad bin abi waqqas daripada ayahnya, bahawa umar bin al-kattab memohon agar diizinkan msuk ke dalam rumah rasulullah s.a.w. ketika itu ada beberapa orang wanita quraisy sedang berbincang-bincang dengan rasulullah dan mereka berbicara dengan nada suara yang agak kuat, melebihi suara rasulullah s.a.w.
Ketika umar masuk, mereka segera berdiri dan menurunkan hijab. Setelah diberi izin umar masuk ke rumah rasulullah s.a.w sementar rasulullah tertawa.
Umar bertanya: “apa yang membuat kau ketawa ya Rasulullah?”
Rasulullah menjawab yang bermaksud: “ aku hairan terhadap wanita-wanita yang berdiri disisiku ini. Ketika mereka mendengar suaramu, segera mereka berdiri menarik hijab.”
Umar berkata: “sebenarnya engkau yang lebih layak mereka segani wahai rasulullah.”
Kemudian uamr berkata kepada wanita-wanita quraisy itu: “wahai para wanita yang menjadi musuh bagi nafsumu sendiri, bagaimana kalian segan terhadap diriku dan tidak segan terhadap rasulullah?”
Mereka menjawab “ya, sebab engkau lebih keras berbanding raslullah s.a.w
Kemudian rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “ jangan mulai pembicaraan wahai Ibn al-Khattab.
Demi Allah yang jiwaku berada dalam genggaman tanganNya, sesungguhnya tidaklah syaitan menemui sedang berjalan disuatu jalan kecuali dia akan mencari jalan lain yang tidak engkau lalui.”
Diriwayatkan daripada aisyah r.ha. bahawa rasulullah bersabda yang bermaksud “sesungguhnya syaitan lari ketakutan jika bertemu umar.”
Rasulullah s.a.w juga bersabda yang bermaksud: “ umatku yang paling penyayang adalah Abu Bakar dan yang paling tegas dalam menegakkan agama Allah adalah Umar.
WAH HEBATNYA SAIDINA UMAR…SEHINGGAKAN SYAITAN PUN GERUN PADANYA… FIKIRKAN DIRI KITA… ADAKAH MUSUH2 ALLAH GERUN PADA KITA??? (“,)
di petik dari solusi edisi 25 :)
No comments:
Post a Comment