Fuhh..dah lama tak menjengah ke blog ni..sibuk sangat la..banyak sangat program…
Tengah rehat tadi tonton rancangan dari mata ke hati saluran astro oasis..dia punya pengacara prof dr muhaya…jarang sangat tengok…itu pun alih siaran tengok menarik pulak..hehe… biasa la kita ni program ilmiah susah sangat nk tengok kan?
Tajuknya bersangka baik…
Prof. cakap tingkah laku kita manusia ni mengikut keadaan sekeliling…bergantung pada siapa kita berkawan. Kalo baik kawan jadi baik la kita.kalo jahat maka ikut jahat la kita.mula-mula pemahaman tu tahap yang biasa je la..
Lepas tu, prof. buat satu simulasi pada sorang penonton dengan menyuruh penonton depa kan tangan sebelah kanan..pas tu prof. menolak tangan pembantu dia tu ke bawah dan suruh dia lawan tolakan tu..jadi kita boleh tengok daya kekuatan dia melawan tolakan..
Kemudian, prof. bagi satu beg kertas dengan meletakkan sesuatu dalam beg tu tapi pembantu tu tak boleh melihat apa yang ada dalam beg tu. Kira kita bagi nama beg tu beg A la...jadi tangan sebelah kiri pegang beg tu…lagi sekali prof tolak tangan kanan yang di depa kan tadi..daya kekuatan pembantu dia tu makin lemah…
Pas tu, prof. tukar plak beg kertas tu dengan beg kertas satu lagi iaitu beg B dan suruh lagi pembantu dia pegang macam yang tadi..dan sekali lagi prof. tolak tangan kanan pembantu ke bawah dan bila dilihat… daya kekuatan dia melawan tolakan sangat kuat.
Akhir sekali, prof. muhaya mengeluarkan apa yang ada dalam beg tu… nak tau apa yang ada dalam beg A tu satu buku catalog…dan…beg B tu apa dia? Senaskhah al-Quran… wow!!! Hebat nya… arus elektrik yang ada dalam badan kita ni ada tarikan dengan sesuatu tanpa kita ketahui manfaat atau keburukannya.
Jadi setiap tindakan kita dipengaruhi oleh apa yang kita sentuh, lihat dan dengar…jadi berhati-hati… boleh buat eksperimen ni..(“,)
Buat eksperimen pada air…molekul air. Percaya tak ia nya boleh berubah bila kita membaca sesuatu pada air sebelum minum. Jadi sebelum minum baca lah bismillah ok..try it!!!
No comments:
Post a Comment