Wednesday 1 June 2011

panas nya....

sekarang ni musim panas...tapi tak menentu dah cuaca sekarang.tengah2 panas tiba2 aje ujan... jika mengikut pada bulan nya memang la musim panas.fuhh duduk bawah kipas pun berpeluh dan berbahang.

ada satu cerita.sorang budak ni duk tengok tv..rasa dah lama sangat tengok tv, dia pun terfikir kesian kt tv.dh lama pasang mesti panas. pastu budak tu pergi kt tv dan rasa dengan tangan.em memang panas...

jadi dia bagi tau kat abang nya.abang pun ckp la.memang panas sebab kita dh pasang lama tv tu.. pastu tiba2 budak tu pergi ke dapur. beberapa minit kemudian dia datang terus menuju ke tv. terkejut si abang. adiknya curahkan air ats tv. dia pun ckp. "cian tv tu dia panas. kita letak air baru sejuk". adui. rosak terus la tv tu.

macam2 fikiran budak2 ni kan.kreatif terlebih.heheh

itu pasal kisah kanak2.cerita lain plak...mengenai panasnya api.kepanasan kita hari ini kerana nipisnya lapisan ozon dan panas matahari terus kena pada kulit kita..

dan panas yang sebenar dari panas api neraka...cuba bayangkan kulit kita ni terkena api sikit pun dh menjerit.dan tahap kelecuran berbeza mengikut tahap nya.3 peringkat.. dan tahap ke 3, maka tidak akan terasa sakit lagi sebab semua kulit sudah hangus.

sebab itu, apabila manusia dimasukkan ke dalam api neraka,apabila sampai terbakar semua kulit, maka Allah akan gantikan dengan kulit yang baru supaya manusia itu akan sentiasa rasa sakit dan pedihnya api tersebut dan ia ada di ceritakan dalam al-Quran.

dan api yang diturunkan ke bumi hanya lah sebesar biji sawi. dan api itu lah yang kita guna untuk memasak tu kan.
ianya telah diceritakan dalam hadis Rasulullah s.a.w:

Dari sebuah hadis ada diceritakan ALLAH s.w.t. telah menghantar malaikat Jibril bertemu malaikat Malik untuk mengambil api darinya bagi kegunaan Adam untuk memasak. Malaikat Malik pun bertanya “Wahai Jibril! berapa banyakkah yang kamu mahu?” Sebesar buah tamar, jawab Jibril. Kata Malik, “Tahukah kamu, kalau aku berikan api neraka sebesar yang kamu mahu pasti akan hancur lebur 7 petala langit dan bumi kerana kepanasannya. “Kalau begitu separuh buah tamar, kata Jibril. Jawab Malik, “Kalau separuh darinya nescaya langit tidak dapat menurunkan hujan walaupun setitik ke bumi dan segala tanaman akan musnah.”

Malaikat Jibril lalu memohon pertolongan dari ALLAH untuk mengetahui jumlah yang betul. ALLAH lalu berfirman, “Ambillah sebesar biji sawi.” Pergilah Jibril mendapatkan api itu kemudiannya api itu dibasuh dahulu dengan 70 buah sungai di syurga. Setelah itu ianya dibawa kepada Adam dan diletakkan di atas puncak gunung yang tinggi. Tiba-tiba cairlah gunung itu dan tinggallah hanya sedikit maka api itulah yang digunakan hingga sekarang.

Kesimpulannya, api neraka beribu-ribu kali lebih panas dari api di dunia.

Nauzubillahi min zalik.