Saturday 6 August 2011

cuti hujung minggu di bulan ramadan...

cuti hujung minggu pertama bulan ramadan... hari sabtu masih ada yang bekerja.bagi yang bersekolah.ada yang membuat kelas tambahan.buat kerja sekolah pun ada..

tapi dalam bulan ramadan yang berkat ni.gunakan la peluang yang ada untuk menambah amalan. apa lagi.baca al-quran la...bagi suri rumah.. mesti banyak masa yang terluang untuk menambah pahala..

ok.. selamat menjalani ibadat puasa:)

Thursday 4 August 2011

puasa + diet = slim...

puasa ialah menahan diri dari makan dan minum dan perkara-perkara membatalkan puasa.
bila kita tahan diri dari makan dan minum, itu bermakna tak de la nasi dan lauk pauk masuk dalam perut kita tapi waktu pagi sampai petang la.

jadi, itu satu kaedah untuk sesiapa menguruskan badan. puasa jugak satu cara untuk sesiapa sahaja mengubah diri jadi lebih baik dari sebelum nya..perkara ni mesti berkesan tapi mesti buat dengan konsisten.mesti tetap.masa berbuka kurangkan makan.dan berpada-pada.ikut keperluan.
tak percaya? cuba dulu.

ok selamat mencuba!!!

CERITA Panjang dan menarik...

ada satu cerita yang penuh dengan pengajaran dan iktibar...semoga kita mencontohinya ya Rasulullah s.a.w

di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yangsetiap harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya "whai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya".

namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan makanan dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahawa yang menyuapnya itu adalah Rasulullah SAW.Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari sampai beliau wafat.

setelah wafatnya Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. suatu hari sahabat terdekat Rasulullah SAW yakni Abu Bakar RA berkunjung ke rumah anaknya Aisyah RA yang tidak lain tidak bukan merupakan insteri Rasulullah SAW dan beliau bertanya kepada anaknya itu,

"Anakku, adakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan".

Aisyah menjawab, "wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja".
"apakah itu?".
tanya Abu bakar RA.
"setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada di sana", kata aisyah.

keesoka harinya Abu bakar pergi kepasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abu bakar mendatangi pengemis itu lalu memberikan maaknan itu kepadanya. ketika abu bakar mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil mengherdik, "siapakah kamu?". abu bakar mnjawab, "aku orang biasa (mendatangi engkau)."
"bukan! engkau bukan orang biasa mendatangiku"
. bantah si pengemis buta itu.

"apabila ia datang kepada ku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut setelah itu ia berikan padaku", pengemis itu melanjutkan perkataannya.

abu bakar tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pemgemis itu, "aku memang bukan orang biasa yang datang padamu. aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. ia adalah Muhammad Rasulullah SAW".

seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abu Bakar dan kemudian berkata, "benarkah demikian? selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikit pun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia...."

pengemis yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abu Bakar saat itu juga dan sejak hari itu menjadi muslim.

demikian Rasulullah SAW ahsanul akhlaq. semulia-mulia akhlaq....

Wednesday 3 August 2011

dugaan...

selama hidup ini 'saya' tidak pernah di uji dengan dugaan yang hebat.bila diuji dengan sedikit dugaan, terasa sangat besar. Allahuakbar...itu la.apabila hidup terlalu leka dengan kemewahan dan kesenangan dunia...tidak sedar dengan kesusahan orang lain.merasakan ujian terlalu besar. bila mata melihat pada masih ada orang lain yang makan nasi berkuah kan air garam... barulah beristighfar Ya, Allah ampunkan la hamba Mu ini, aku masih tidak bersyukur dengan nikmat yang engkau beri. ampunkan la hamba Mu ini.. aku mohon pada Mu agar hidup ini sentiasa dalam rahmat Mu. jangan la sesekali engkau memalingkan dari melihat hamba Mu ini walau sesaat.

semoga kita menjadi hamba Nya yang bersyukur...

Tuesday 2 August 2011

berjimat cermat dibulan penuh barakah ini...

walaupun bulan ramadan ni kita tengok orang ramai tak makan tengahari dan petang tapi. adakah bermakna jumlah perbelanjaan nya berkurang dari bulan yang lain atau lebih?
cuba kita kira sama-sama.:) sebab apa, bila masuk je bulan ramadan akan bermula la pesta makanan. macam-macam jenis kuih, lauk-pauk, air dan macam2 lagi la. yang pernah jumpa sebelum ni pun, masa ni la muncul dan kita akan mecuba. kalau ada 20 gerai. ibarat nya 1 kedai menu...hehe.dah macam 1 malaysia plak. contohnya:

gulai kari ikan rm 4
air buah rm3
kuih cucur badak rm2
kuih popia rm2
ikan bakar rm7 kalau silap kedai sampai rm12 pun ada
sayur rm3
kuih nak bawak surau (moreh) kira sedekah jadi tak payah la masuk.di rahsiakan. heehe

em kira la sendri.mak ai...ini mengikut anggaran.bukan apa, kita ni kan suka mengikut slera. maklum la tengah lapar. bila berbuka je...minum air 3 gelas. habis tu, siapa nak lauk dan kuih tu.
itu lah pembaziran nama nya.

pelik kan...syaitan itu di gari dibulan ramadan, jadi siapa yang menghasut manusia.
fikir-fikir kan....

to be continue dalam episode berbelanja sempena syawal:)

ramadan datang lagi...

bulan ramadan bulan yang berkat
bulan rahmat dan bulan utama
pahala digandakan doa diterima
bulan lailatul qadar yang istimewa....


nyanyi sikit..satu rangkap lagu. bulan pose ada la keluar lagu tu. dan ini lah masanya untuk kita engutip sebanyak mana pahala. sebab apa? sebab bulan ni tak de syaitan dan iblis. oleh itu, senang kita melakukan amalan yang baik.tak de gangguan. tapi kenapa kita masih susah dan payah nak buat pahala.

bukan susah sangat nak bagi sedekah kuih sepiring kat jiran sebelah tu. apa pulak yang menghalangnya...NAFSU.... itu lah musuh kita. jadi jangan nak salah kan orang lain.. banyak kan muhasabah diri. dan kita perlu sedar. adakah selama ini, dalam bulan2 yang lain tu, hasutan syaitan atau diri kita sendiri yang menjadi musuh diri kita.

di sini saya nak kongsi kan beberapa amalan utama di bulan ramadan
1. solat terawih
2. qiamullail
3. bersedekah
4. beriktikaf di masjid
5. bertadarus al-quran.. kalau xde pair nak tadarus, baca lah sorang2 iaitu brtilawah al-quran

semoga di bulan ini kita dapat tambah kan sebanyak yang mungkin pahala untuk menampung dosa2 kita di bulan yang terdahulu. insyaallah