Thursday 31 March 2011

khasiat susu kambing?

bagi yang belum pernah mendengarnya pasti hairan..susu kambing mempunyai khasiat? betul ke... selalu minum susu lembu je kan...
setelah dilakukan kajian demi kajian...banyak faedah daripada susu kambing...pada zaman rasulullah dulu jugak, banyak hadis menceritakan tentang makanan yang selalu rasulullah makan. apabila rasulullah berbuka, rasulullah akan makan kurma dan minum susu kambing.


jadi, pada zaman yang makin canggih ni...cara pemprosesan susu di permudahkan dan di komersialkan supaya semua orang dapat manfaatnya kan..tidak mengira usia baik tua ataupun muda.


Petua mendapat ilmu yang banyak dan berkat (“,)

SEBELUM KITA MENUNTUT ILMU.IKHLAS KAN DIRI AGAR MENDAPAT KEBERKATAN DARI-NYA...AMIN...(",)

ü  Perkara paling asas sebelum, semasa dan selepas menuntut ilmu, NIAT YANG IKHLAS. Niat tersebut mestilah:
-          Ilmu dituntut kerana Allah bukan kerana duniawi.
-          Niat belajar untuk mengeluarkan diri daripada kelompok mereka yang jahil
-          Niat untuk menyebarkan ilmu yang ada itu dan memanfaatkannya dengan membantu masyarakat.
ü  Jauhi maksiat yang menggelapkan hati
ü  Tuntut ilmu di mana pun kita berada.ilmu bukan je di sekolah tapi  rumah, pejabat,masjid dan banyak lagi.

ü  Ibn Abbas di Tanya: bagaimana kamu perolehi ilmu yang banyak? Maka beliau menjawab; dengan banyak bertanya. Manakala imam Abu hanifah pula manjadi alim kerana banyak berbincang dan berdebat.

ü  Hendaklah sentiasa mengulang kaji pelajaran dan jangan malas.

ü  Sentiasa bersyukur dengan lisannya dan seluruh anggota badannya dan meyakini bahawa segala ilmu itu adalah anugerah Allah.

ü  Sentiasa memohon hidayah daripada Allah dengan berdoa. Mohonlah juga moga Allah tambah ilmu kita dan terangkan hati untuk menerima ilmu yang baru dan memahaminya.

ü  Sentiasa memohon perlindungan kepada Allah daripada sifat bakhil termasuklah bakhil ilmu. Jadi mesti sampaikan ilmu pada orang lain juga.

ü  Berusaha untuk zuhud iaitu tidah tamak dengan harta.

ü  Tentukan masa mengulang kaji. Belajar secara konsisten setiap hari walaupun tidak lama.

ü  Elakkan bosan dalam belajar.anggap belajar itu menyeronokkan dan santapan paling enak untuk minda.

Solusi : 30 (“,)

اللهم افتح علينا حكمتك وانشر علينا من خزائن رحمتك يا ارحم الرحمين

Wednesday 30 March 2011

aktiviti hari minggu

Dua hari rehat.bukan apa, penat bekerja  hari pernikahan adik ipar. Tak menang tangan…kena ikut mak mentua.hehe..jadi bank segera..faham2 je la ye.

ni pok din a.k.a izuddin...masa ni bakal biras.belum jadi lagi...tengah berdebar2 la tu..pas tu tok imam wat lawak lak...dah jadi senyum kambing dah.heheh...siap ada test skrip akad nikah...

 serius nya? kenapa ek...o tau tengah kena ceramah dengan tok imam depan tu..pas tu dalam kepala tengah menghafal skrip akad nikah..mata je pandang depan tu...hehe..jangan marah



 wah una..hepi sangat tu.siap tunjuk bes lagi..seronok ye...SELAMAT PENGANTIN BARU :)

 NI MAK MENTUA... anak2 suruh bergambar...pas tu mak pun ikut je la..suruh posing pandang kamera.. mak pandang mana tu..hehe.senyum sikit.

em...kena la inter frame gak..tapi kena cepat2..sebab banyak keje lepas tu kan...nak citer ni baju sponsor ngan tudung sekali...time kasih la...balik kampung dah lewat.sampai2 terus pergi ambik baju baru wat.fresh lagi...esoknya baru gosok.tukang jahit merangkap member kamcing sudah di pesan gosok baju..dia pulak gosok2 letak semula dalam plastik.so balik kena gosok semula...

masa tengah sibuk2 bagi cenderahati kat tetamu...mak ngan abah tunggu tetamu VIP...tiba2 nampak sorang tetamu VIP ni macam ku kenal misainya.macam baru jumpa je...datuk mazlan!!..ketua pengarah pahang yang baru...mak pun terkejut...tak disangka2 kan..tunggu datuk pengarah yang lain tapi diorang datang bersama la...terima kasih la kerana sudi datang...segan la pulak mak sebab orang besar datang.. terharu pun ada :)
hah? ada yang kenal ke pengantin tu...em pernah tgk kt majalah kot..adik ni...jadi model untuk tudung maira...mak sedara la tu. gambar lain x sempat nk upload dah...
ok:)

Friday 25 March 2011

mai try ramai-ramai

This is magic of Mathmatics.
Enjoy it.
Haris Karim

you can get the same result with 10001 x age x 101   !!!  :

Take out your calculator for a minute

Some MATHEMATIC FUN;

13837 X (Your age) x 73 = ?

Just try it.


You will get an interesting answer !

Syaitan pun lari daripada berjumpa saidina Umar (“,)

Rupa-rupanya syaitan pun takut berjumpa saidina Umar…bukan saja orang quraisy yang tidak islam tu yang takut kerana setelah saidina Umar bersuara “siapa yang berani mencabarku yang telah memeluk islam, sila tampil” bah kan syaitan pn takut.
Diriwayatkan daripada Muhammad bin sa’ad bin abi waqqas daripada ayahnya, bahawa umar bin al-kattab memohon agar diizinkan msuk ke dalam rumah rasulullah s.a.w. ketika itu ada beberapa orang wanita quraisy sedang berbincang-bincang dengan rasulullah dan mereka berbicara dengan nada suara yang agak kuat, melebihi suara rasulullah s.a.w.

Ketika umar masuk, mereka segera berdiri dan menurunkan hijab. Setelah diberi izin umar masuk ke rumah rasulullah s.a.w sementar rasulullah tertawa.

Umar bertanya: “apa yang membuat kau ketawa ya Rasulullah?”
Rasulullah menjawab yang bermaksud: “ aku hairan terhadap wanita-wanita yang berdiri disisiku ini. Ketika mereka mendengar suaramu, segera mereka berdiri menarik hijab.”
Umar berkata: “sebenarnya engkau yang lebih layak mereka segani wahai rasulullah.”

Kemudian uamr berkata kepada wanita-wanita quraisy itu: “wahai para wanita yang menjadi musuh bagi nafsumu sendiri, bagaimana kalian segan terhadap diriku dan tidak segan terhadap rasulullah?”

Mereka menjawab “ya, sebab engkau lebih keras berbanding raslullah s.a.w
 Kemudian rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “ jangan mulai pembicaraan wahai Ibn al-Khattab.
Demi Allah yang jiwaku berada dalam genggaman tanganNya, sesungguhnya tidaklah syaitan menemui sedang berjalan disuatu jalan kecuali dia akan mencari jalan lain yang tidak engkau lalui.”

Diriwayatkan daripada aisyah r.ha. bahawa rasulullah bersabda yang bermaksud “sesungguhnya syaitan lari ketakutan jika bertemu umar.”

Rasulullah s.a.w juga bersabda yang bermaksud: “ umatku yang paling penyayang adalah Abu Bakar dan yang paling tegas dalam menegakkan agama Allah adalah Umar.

WAH HEBATNYA SAIDINA UMAR…SEHINGGAKAN SYAITAN PUN GERUN PADANYA… FIKIRKAN DIRI KITA… ADAKAH MUSUH2 ALLAH  GERUN PADA KITA??? (“,)

di petik dari solusi edisi 25 :)

Wednesday 23 March 2011

fahami kisah ini...

“Jika ISLAM itu BENAR,tempatkan bilikku di NERAKA,”jelas seorang manusia
yang mempertikaikan hukum aurat dan mencabar ALLAH SWT
by Zameer Fisabilillah

Assalamualaikkum & Salam Peringatan,
Baca dan hayati sepenuhnya cerita di bawah ini yang benar-benar berlaku di
BUMI ISLAM sendiri iaitu Iskandariah,Mesir.Moga kisah dibawah ini cukup
menyayat hati anda sehingga menyedarkan anda dari terus leka dengan
permainan dunia yang melalaikan.

Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup
masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di
wilayah Iskandariah. Malangnya walaupun tinggal di bumi yang terkenal
dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok
mata.Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut
disembunyikan bagi seorang perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau
mahramnya.

Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu, ada seorang tua yang
dipenuhi uban menegurnya: "Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu
berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama
Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya
menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki.... " nasihat orang tua itu.

Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab
oleh gadis itu dengan jawapan yang mengejek: "Siapalah kamu hai orang tua?
Adakah kamu cuba nak ingatkan aku supaya menutup aurat sepenuhnya sedangkan
bapa kandungku sendiri tidak pernah menasihatiku?Apakah kamu mahu aku
berpakaian menutup aurat sedangkan aku masih mahu bebas menayangkan tubuh
badan ku di khalayak ramai?Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga?
Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di
syurga atau neraka?" Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris
perasaan orang tua itu, gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup
setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang
tua tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat. " Jika ISLAM itu
BENAR,tempatkan bilikku di Neraka ,Ambil handphone ku ini dan hubungilah
Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahanam untukku,"
katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawa dia
sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan daripada si gadis
manis. Sayang sekali,  wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang
buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam malah ada yang
menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak
menghiraukan gadis muda yang tidak menghormati hukum-hakam agama itu dan
mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama
dengan lebih teruk lagi.

Sepuluh minit kemudian bas pun tiba di perhentian. Gadis seksi bermulut
celupar tersebut tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para
penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri.
Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia
menggeleng-gelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya
dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan
berita yang menggemparkan itu. Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba
tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar
untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut.
Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya.
Mayatnya menjadi hitam seolah-olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba
mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas
dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat. Akhirnya mereka
memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu.

Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang
tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan
Allah? Na'uzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala
sesuatu. Sangat baik kita jadikan iktibar dan pelajaran dengan kisah benar
ini sebagai Muslim sejati. Jangan sesekali kita mempertikaikan hukum Allah
mahupun sunnah RasulNya s.a.w. dengan mempersendakan atau mengejek. Kata
kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia
hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya
adalah kata-kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh
alam.

Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan
terjadi kepada kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan
kembali ke alam barzakh. Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang
yang bodoh itu? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul
'alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin
melawan arahan Tuhan.

Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam
pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang dilakar oleh majikan
anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda.
Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu sehingga terlalu
prihatin takut kalau melanggar undang-undang tersebut . Apabila anda
berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah
di gubal oleh yang pemilik yang menjadikan bumi ini.

Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah s.w.t. taman
laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi
hamba-hambaNya di muka bumi ini. Sama samalah kita memohon agar Allah
sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yang benar dan agar Dia
memberikan kekuatan agar kita sentiasa dapat menjaga lidah kita, amin.Kisah
ini dikongsikan dan diceritakan bersama oleh sahabat saya sendiri yang
berasal di Malaysia dan kini berada di perantauan sana.

KISAH YANG DIPAPARKAN UNTUK PENGAJARAN KITA DALAM HIDUP SEHARIAN YANG SENTIASA LEKA DARI MENGINGATI ALLAH...JAUHKAN DARI SEGALA KERAGUAN...
APA YANG TELAH DIPERINTAHKAN PASTI ADA HIKMAHNYA...

zikir harian

apa maksud zikir? zikir maksudnya ingat.ingat pada siapa? Allah swt. tuhan yang menciptakan segalanya. walaupun ada setengah zikir telah ditetapkan hari nya.itu semua untuk mengingatkan kita supaya jangan alpa dan leka. tiada salahnya kalo nk berzikir sepanjang masa.tapi sebagai manusia yang sibuk dengan kerja, tugas masing2 kadang kita terlupa ada Pencipta yang sentiasa menanti hambaNya agar mengingatiNya... ok

 jadi bolehlah kita mengamalkan zikir-zikir di atas agar menjadi peringatan untuk diri kita dan orang lain...

 Isnin
selasa
rabu
khamis
jumaat
sabtu
ahad
cukup untuk 7 hari seminggu :) mari kita sama2 mengamalkannya..

adik adikku

adik adikku  musim ke-2 dah tamat.saingan sengit tau.adik-adik yang comel...yang petah berkata-kata... yang pandai berdrama.yang pandai menyanyi.fuhh..kira hakim pn berbelah bagi la...


tapi keputusan adalah muktamad...yang menang tetap menang yang kalah usaha lagi...boleh jadi wakil sekolah pulak kan..ini lah bakal2 pengganti warisan bangsa.:)

Tuesday 22 March 2011

don't be sad :(

Don’t be sad L
Buku jangan bersedih..setiap kesulitan pasti ada kemudahan…seronok baca terutama waktu sedih2 tu la kan..kalo baca boleh muhasabah diri. Dia punya tajuk dah macam sama banyak surah al-baqarah. 281.semua tu x kan khatam satu malam kan.kalau ada kelapangan baca la..beri ruang untuk minda kita.






Em…hidup kita ni ada macam2 masalah..semua masalah tu jgk = cabaran.tuhan tidak akan memberikan dugaan  melainkan hambanya mampu menghadapi cabaran tu.betul tak?  Macam2 la dugaan.. ada yang MASALAH DUIT LA.MASALAH NAK STUDY LA.MASALAH FAMILY.MASALAH KAWAN.MASALAH CINTA DAN BANYAK LAGI LA.

Dah jadi cmtu, apa lagi..ramai yang mengeluh, marah,merajuk,kecewa, dan lebih teruk ada yang stress..
Bahaya tu…dan bila dah lepaskan tekanan…duduk sorang menangis dan sedih dengan apa yang berlaku. Baru terfikir sendirian “kenapa aku buat macam tu” “kenapa aku tipu kawan aku” “kenapa aku marah mak ayah akukenapa aku tak boleh tumpukan perhatian masa belajar” “kenapa aku ni dah kaya tapi  tak pernah  puas dengan apa yang adakenapaaa???

Itu lah manusia…sebab itu kita kena selalu muhasabah diri.insafi diri.ingat kan diri kita bahawa setiap berlaku pasti ada hikmahnya. Yang penting ibadat wajib jangan tinggal..kalo kita ingat betul2… dalam al-quran ada menyebut..solat itu dapat menghindari perbuatan keji dan mungkar…kalo sempurna ibadat fardu kita (wajib) takde la kita marah2 orang…kita dapat mengawal diri dari buat perkara yang x elok kan. Insyaallah… ingat walau apa pun..don’t be sad… setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya
Banyakkan muhasabah diri..

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu….(al-baqarah:216)

hadiah istimewa




Agaknya ni la hadiah yang terakhir dapat pas kenduri kawen dah lama habis agaknya.hehe.
Dari siapa? ermmm… dari my beloved students kelas 3 al-biruni 2010…cikgu sayang kamu..
Bukannya apa sebab lewat sangat tu.. biasa la budak2..banyak tugas lain.kena belajar.sukan. kemas asrama.sampai lupa nk bagi kan.benda dah ada cuma lewat bagi..bila jumpa je “cikgu lupa la nk bawak hadiah cikgu…pas kemas asrama terus naik sekolah..” kita pun cakap la. Ok tak pe. Tak kan nk marah pulak.. at least ada kenangan dari diorang kanJ


Bila ingat balik 3 al-biruni.. em ada macam2 fe ‘el (perangai).heheh…
1.       Mirul haziq/ridzuan  = banyak tanya
2.       Izzati/farah nur hanis = mengantuk.agaknya study lewat malam.:-)
3.       Azirah = sentiasa senyum
4.       Ermiedza/ Dinah = ada la ngantuk cikit2.hehe
5.       Hanis zaris = macam tok imam dah
6.       Abdul rahman = kadang2 soalan serius kadang tak.emm
7.       Hadziq hakimi/ sabani = kena faham kehendak soalan tau
8.       Raudah = banyak jugak tanya tapi masih boleh difahami la soalan tu..
9.       Shahrul nizam = intelligent (betul ke eja ni heheh)
10.   Haidir = pengganti shahrul jadi ketua kelas
11.   Emran = tulisan kemas  dan jelas
12.   Aaina = faham ke duk depan sekali tu..macam terlebih faham je tu
13.   Faeznur = penolong yang berkaliberJ
14.   Hazriq = smart tapi  kena pandai kawal keadaan ok
15.   Rabiah/nabilah = pengawas 3.5
16.   Amir = muka nampak worry kenapaJ
17.   Ammar = suka bercerita

Yang tak disebut tu bukan cikgu lupa.cikgu sentiasa  ingat kenangan kamu..seronok…happy together sampai hjung tahun. Makan mi sup x ckup pulak.x pe la ye rasa ckit sorang nti boleh cerita bila dah keluar nanti.:)
Alhamdulillah.. segala penat lelah terbalas jugak.tengok siapa yang seronok.gembira.kamu jugak kan
Lagi satu.. kalo dah berjaya dalam hidup, jangan lupa cikgu2 ok…

Monday 21 March 2011

start persekolahan

hari ni 21.03.2011 dah start semula sekolah....banyak yang perlu diselesaikan...cikgu lain cam mana?
anak2 pelajar pulak kerja sekolah mesti disiapkan tau..jangan malas.untuk siapa.untuk anak2 jugak kan.(",)
tapi macam mana pengalaman cuti.berjalan ke duk siap kan kerja sekolah...x pe la.bahagikan masa dengan betul.wat jadual ok...

Friday 18 March 2011

dua dalam satu

wah.macam syampu plak.heheh.g negeri 9...ikut suami ada kursus..pastu g jalan melaka terus.lepak2 kejap n balik la. seronok... seronok apa? em duk sana suami berkursus jadi boriiiing!!!!so apa nak buat.ckgu ikut mak sedara g jaga kedai tdung kt seremban2...em lepak kedai.bila time malam suami bawak g jalan tgk bndar seremban...boleh la...heheh
korang g mana cuti2 malaysia ni?

Wednesday 16 March 2011

berita mengejut

bila cuti sekolah je mesti banyak berita yang x di duga akan kita dgr...cuti akhir tahun lepas kita di kejutkan dgn kematian jutawan kosmetik kt malaysia ni.cuti bln 3 ni plak...tsunami kedua selepas di indonesia... di jepun.apa yang mengejutkan sistem nuklear yang diguna pakai di jepun meletup dan kesan nya terhadap dunia..ish2 jadi kalo nk pergi mana berhati2 ok....takziah kepada rakyat di sana dan jika ada yang beragama islam semoga dalam rahmat ALLAH...
kamu semua plak macam mana..ada berita mengejut yang berlaku dalam hidup?

cuti

apa aktiviti cuti sekolah ni..em bagi anak pelajar..jangan lpa siapkan tugasan kerja sekolah ok...apa yang ckgu bagi tu semua untuk kebaikan...fikir positif ok:)...jangan asyik merungut tau

Friday 11 March 2011

cuti cuti cuti

em..bes nya..hr ni start cuti sekolah penggal pertama. banyak kenduri.. kenduri sepupu...abang plak ada kelas  lagi:( em tinggal sorang2...ala x bes plak. abang x habis belajar lagi.xpe sabar. nti  sampai masanya tinggal bersama...ok nk kuar dulu..selamat bercuti:)

proses percubaan

baru nk cuba wat blog.dari xtau apa2...belajar jgk..kna byk menuntut..saya perlukan sokongan:)