Friday 29 April 2011

gurau @ humor Rasulullah..

dalam syurga tak de orang tua...betul ke.betulll...ini betul2 bukan cobaan.

seorang perempuan berkata kepada Rasulullah s.a.w
"ya rasulullah, doakanlah kepada Allah agar aku di masukkan ke syurga". "wahai umi fulan, syurga tidak dimasukki oleh orang tua.
maka menangis la perempuan tua itu.
Rasulullah menjelaskan, tidakkah kamu membaca firman Allah:

serta kami ciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, serta kami jadikan mereka sentiasa cantik dan perawan (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya.

para sahabat rasulullah suka tertawa tetapi iman di dalam hati mereka bagai gunung yang teguh. naiim salah seorang sahabat rasulullah yang suka tertawa. mendengar kata-kata dan melihat gelagatnya, raulullah turut tersenyum..

ok.faham kan maksud dengan betul:)


والله اعلم


petua keluarga bahagia



tengah mencari info...jumpa petua2 yang baru di baca.petua2 ni dh lama ada sama ada kita baca or amal kan je.atau kita boleh untuk tidak amalkan.hehe..semua atas diri kita jgak..kalau pasal keluarga ni.banyak petua tapi ambik di antaranya sahaja la yek.

1. patuh ajaran agama
2. doa berterusan
3.murah dengan pujian
4.murah dengan khidmat
5. murah dengan belaian kasih sayang
6. mencari kebaikan pasangan
7. murah dengan sentuhan
8. hormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan
9. tolak ansur
10. sedar bahawa kadangkala perselisihan tidak dapat dielakkan




ok ini diantaranya lah...ada banyak lagi.tapi cuba tengok betul. adakah kita ikut semua petua ni.ini baru sebahagian...kalau yang sedikit ni kita tak amalkan..cm ne nak senaraikan yang lain kan..
apa pun kita mesti cuba yang terbaik dan boleh kita ikuti ok





والله اعلم

rindu kat blog...

lama nya x bukak blog.busy sangat dengan kerja dan ada urusan yang perlu di selesaikan. memang x sempat la nk ngadap komputer ni..ni pun curi2 masa.huh..

Friday 22 April 2011

senyum 2

wah hebat.baru cter2 pasal senyum...PM kita pun citer pasal senyum...dan kebaikan senyuman tu...semalam perhimpunan kakitangan kt putrajaya..PM citer manfaatnya untuk untuk sistem dalam badan:)

  NAJIB melancarkan kempen Amalan Senyum Perbendaharaan selepas menyampaikan ucapan pada Perhimpunan Khas Kementerian Kewangan, di Putrajaya, semalam.
NAJIB melancarkan kempen Amalan Senyum Perbendaharaan selepas menyampaikan ucapan pada Perhimpunan Khas Kementerian Kewangan, di Putrajaya, semalam.

Thursday 21 April 2011

SENYUM....(",)

Senyum seindah suria yang membawa cahaya.
senyumlah dari hati dunia mu berseri...
senyum membahagiakan dalam kehidupan.
senyumlah dari hati.duniamu berseri..
senyum...membahagiakan..
senyumanmu amatlah berharga...
senyumlah dari hati.
kemesraan menguntum..

pernah dengar lagu ni.dan pernah tak anda menyanyikan lagu ni...bagi remaja baru mesti jarang mendengarnya..tapi lagu ni tak pernah dengar, susah lah sikit... lebih kurang gini la lagunya

kalau saya senyum...awak mesti senyum sekali.
bila saya senyum semua mesti senyum
bila semua senyum.dunia tiada penyakit...

em..apa pun lagu...ia membawa makna yang sama..makna yang baik...kita semua mesti senyum..sebab ia bagi kesan pada diri...
orang yang susah nak senyum maksudnya orang tu ada masalah dengan diri sendiri.heheh

tak percaya..boleh tanya diri sendiri.bagi yang jarang senyum la.
tapi ada juga yang memberi salah tafsiran pada orang yang senyum...
bila kita bermasam muka.atau muram...di kata sombong...jadi serba salah...
jadi...
abaikan tafsiran individu yang suka berpandangan negatif....yang tahu hanya kita dengan Allah...
dan mereka dengan Allah juga...

-والله اعلم-(",)

Tuesday 19 April 2011

hargai diri anda sebagai perempuan...

adakah anda termasuk golongan ini:) seorang yang bergelar wanita.  hargai diri anda.jangan sia-siakan dengan perkara yang merugikan diri sendiri...ingat Allah sentiasa mendengar rintihan hambaNya..

1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W akan hal tersebut,jawab baginda: "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang soleh.

3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T dan orang yang takutkan Allah S.W.T akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S

5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W) di dalam syurga.


6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

7. Daripada Aisyah r.a. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

12. Aisyah r.a berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda,... "Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah S.A.W...."Ibunya. "

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

semoga peringatan ini untuk bersama
-والله اعلم- 

Saturday 16 April 2011

fenomena justin bieber

siapa yang tak kenal di kalangan remaja.justin bieber...seperti mana2 kumpulan muzik lain yang baru meningkat naik satu ketika dulu.ala macam back street boy.west life dan lain2 tu.

Di puncak populariti ketika berusia 16 tahun BINTANG sensasi remaja kelahiran London, Ontario, Kanada ini diakui antara fenomena pop luar biasa yang dicetuskan oleh laman YouTube. Justin Drew Bieber memulakan langkahnya untuk mendaki puncak populariti....
begitu besar pengaruhnya....dan kita di malaysia.bagaimana remaja kita melihatnya.woww hebat...semua terpegun..lagunya saja meniti bibir.sebab apa.buka radio ni lagu dia..alih radio tu lagu dia..buka radio nun lagu dia jgk msti boleh hafal...kalau plajar sekolah pulak.siap tulis skrip lagu dia penuh buku...

ada lagunya pemberi semangat tapi pada remaja...tapi masih perlu berhati-hati...

berhibur tiada salahnya....sebab semua orang perlu kan hiburan...tapi berhati-hati dengan hiburan....
tersilap langkah...kita lupa apa tjuan kita di SINI..... 

Friday 15 April 2011

kenapa saya gemuk?

bila nampak je penimpang kat shoping complex tu..e seram.hehe.sebaba apa takut nak tengok berat sendiri..makin hari makin naik pulak berat ni.kenapa tak turun-turun ni?...banyak sebab berlakunya keadaan ni..kadang-kadang kita tak sedar.memang berkait rapat dengan hidup kita.
semoga kita mengikut sunnah rasulullah s.a.w...
Kita kaum muslimin – adalah suatu kaum yang tidak akan makan sehingga kita merasa lapar dan apabila kita makan tidak sampai kekenyangan.” renung2 kan dan selamat beramal :)
tenaga yang tidak seimbang di dalam badan.
gaya hidup kita ni berbeza-beza. akibat penggunaan tenaga yang berbeza..mempengaruhi tubuh badan bila berlaku ketidakseimbangan, apa yang patut di keluarkan masih disimpan dalam badan.

gaya hidup kurang aktif
lagi satu...kalau masa sekolah-sekolah...aktif sangat.sebab kena paksa.xturun sukan kena ambik nam lak kan..bila dah keje bagi alasan la xsempat nak bersukan kn.hehe

genetik dan faktor keluarga
lepas tu, bagi orang yang genetik keluarganya saiz macam tu..memang mempengaruhi..dan kalau x jaga pun.tak kira genetik ke tak.kesan nya akan sama la kan.

faktor kesihatan
next, faktor kesihatan...yang tidak mementingkan kesihatan.ataupun alasan tak makan gestrik pulak.makan berpada-pada

faktor emosi
dan lagi, bila sudah bekerja. ramai individu yang stress dengan kerja..dan faktor penyumbang dan untuk melepaskan tekanan dengan makan banyak. tak pun, frust bercinta.bila makan agaknya hilang kot perasaan kecewa tu..agaknya la.

umur
selain itu, (ayat karangan).heheh. umur jugak jadi faktor.bila makin meningkat usia, kadar metabolisme dalam badan berkurang.jadi apa yang kita makan lambat untuk keluar dari badan kan...bila kumpul jadi la lemak.

mengandung
dan yang ni,memang tak boleh dinafikan lagi, mana ada orang mengandung saiz perut tu 25.hehe.

-والله اعلم-



Thursday 14 April 2011

siapa baca doa sebelum tidur? angkat tangan...

ibu pesan sebelum tidur baca doa dan ayat suci al-quran yang sepatutnya.suarh 4 qul? pernah  dengar atau sudah lupa pesanan ibu... dan jangan lupa ayat Kursi....baca saja ayat ini, mengatasi yang lain....banyak kelebihan dan semasa di sekolah lagi memang telah dipelajari...tapi berapa ramai yang mengamalkannya.betul tak...bila mimpi ngeri ke mimpi hantu ke..mula la salahkan orang lain kan...padahal diri sendiri tak nak jaga diri.ok kat sini di sertakan sebahagian kelebihan ayat kursi..yang mungkin sudah terlupa...diingatkan kembali supaya sama-sama dapt amalkannya.okay...:)

Khasiat Ayat Kursi:
  1. Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan istikamah setiap kali selesai sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali masuk kerumah atau kepasar, setiap kali masuk ke tempat tidur dan musafir, insyaallah akan diamankan dari godaan syaitan dan kejahatan raja-raja (pemerintah) yang kejam, diselamatkan dari kejahatan manusia dan kejahatan binatang yang memudharatkan. Terpelihara dirinya dann keluarganya, anak-anak nya, hartanya, rumahnya dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.
  2. Terdapat keterangan dalam kitab Assarul Mufidah, barang siapa yang mengamalkan membaca ayat kursi, setiap kali membaca sebanyak 18 kali, inyaallah ia akan hidup berjiwa tauhid, dibukakan dada dengan berbagai hikmat, dimudahkan rezekinya, dinaikkan martabatnya, diberikan kepadanya pengaruh sehingga orang selalu segan kepadanya, diperlihara dari segala bencana dengan izin Allah s.w.t.
  3. Salah seorang ulama Hindi mendengar dari salah seorang guru besarnya dari Abi Lababah r.a, membaca ayat Kursi sebanyak anggota sujud (7 kali) setiap hari ada benteng pertahanan Rasulallah s.a.w.
  4. Syeikh Abul ‘Abas alBunni menerangkan: “Sesiapa membaca ayat Kursi sebanyak hitungan kata-katanya (50 kali), di tiupkan pada air hujan kemudian diminumnya, maka inysyaallah tuhan mencerdaskan akalnya dan memudahkan faham pada pelajaran yang dipelajari.
  5. Sesiapa yang membaca ayat Kursi selepas sembahyang fardhu, Tuhan akan mengampunkan dosanya. Sesiapa yang membacanya ketika hendak tidur, terpelihara dari gangguan syaitan, dan sesiapa yang membacanya ketika ia marah, maka akan hilang rasa marahnya.
  6. Syeikh alBuni menerangkan: Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak hitungan hurufnya (170 huruf), maka insyaallah, Tuhan akan memberi pertolongan dalam segala hal dan menunaikan segala hajatnya, dam melapangkan fikiranyan, diluluskan rezekinya, dihilangkan kedukaannya dan diberikan apa yang dituntutnya.
  7. Barang siapa membaca ayat Kursi ketika hendak tidur, maka Tuhan mewakilkan dua malaikat yang menjaga selama tidurnya sampai pagi.
  8. Abdurahman bin Auf menerangkan bahawa, ia apabila masuk kerumahnya dibaca ayat Kursi pada empat penjuru rumahnya dan mengharapkan dengan itu menjadi penjaga dan pelindung syaitan.

-والله اعلم- :)

Wednesday 13 April 2011

Kalau Cinta Jangan Ego

Mudah nak hapuskan sifat ego dalam diri. Dengan perkataan “terpaksa”.
Contohnya seorang suami terpaksa akur dibuli oleh isteri…terpaksa menghantar isteri membeli-belah. Terpaksa menghantar anak-anak ke sekolah.terpaksa makan ala kadar jika isteri keltihan bekerja dan tak larat nak masak hari tu.. tanpa kita sedari…kita sudah menolak perasaan ego dalam diri..

So…
Fahami situasi semasa...mesti saling memahami ok

Tunjuk pada tuhan…orang yang ego selalu mahu tunjuk diri benar didepan orang ramai. Tapi lebih baik jadi orang yang tunjuk diri benar di depan tuhan bukan di depan manusia.

Kalau cinta, ego jadi nikmat…betul..kalau dah cinta manusia tak peduli dibuli kekasih..malah bangga di buli kekasih.tak percaya.. apa di suruh semua di buat… kena marah semua terima.redha je..

Sifat ego boleh di hapuskan…tapi cinta sejati kekal selamanya…
semua indvidu boleh menghapuskan sifat ego namun apabila ia di sebut-sebut oleh orang lain. seolah-olah ego nya di cabar...yang sebenarnya ia memangdatang dari hati yang ikhlas...
jadi fikir-fikirkan...:)

والله اعلم - - (“,)




Tuesday 12 April 2011

2 Mengumpat!! Boleh ke??


Okay kita sambung sikit lagi pasal mengumpat ni…memang mengumpat tak boleh.tapi ada keadaan yang memboleh kan kita mengumpat.Aik? yeke ni..sebenarnya…ianya bukan lah lebih kepada mengumpat tapi perkara2 yang menyelesaikan masalah.
1.       Mengadu kezaliman dan jika ada pengkhianatan yang berlaku. Dan kita mesti ingat.jangan sesekali memburuk-burukkan individu lain.
2.       Meminta pertolongan untuk mengubah kemungkaran. Bahkan lebih baik kalau nak mencegah kemungkaran tu.
3.       Untuk minta fatwa.tapi kalau kita ceritakan sesuatu hal tanpa menyebut nama individu tu lagi baik kan.
4.       Menyelamatkan saudaranya daripada kejahatan seseorang.
5.       Memperkenalkan seseorang yang memang terkenal dengan gelaran tertentu. Kiranya dah jadi trade mark.
6.       Seseorang yang terang2 melakukan kefasiqan.contoh orang buat keburukan yang bertentangan dengan hukum islam secara jelas..
Ok… tu sahaja.jangan lebih2. Tapi kadang kala manusia ni suka salah tafsirkan kegunaan nya.. dan suka berlebih-lebihan. J

والله اعلم - - (“,) solusi isu 30


1 Mengumpat!! Boleh ke??


Kenapa orang suka mengumpat.mengumpat tu apa? Sebelum kita cerita lebih panjang, kena tau maksud mengumpat tu. Mengumpat menceritakan tentang sesuatu mengenai seseorang yang benar2 berlaku dan bila orang tu tau,dia pasti marah..
Ala macam x pernah dengar orang mengumpat kan.sama ada sengaja dengar @ terdengar…

Jika terdengar lebih baik kita lari dari situasi tu.sebab, sanggup ke kita  memakan daging saudara kita yang telah mati??. Kalau diberi offer makan steak.erm sedap nya….tapi..kalo orang  offer makan steak daging manusia…eee..jijik…

Macam tu la diibaratkan orang mengumpat..tapi  sesungguhnya Allah hanya menggambarkan perkara tersebut tetapi tidak benar2 berlaku di depan mata..macam mana tengah2 duk mengata orang, tuhan takdirkan ada sisa daging manusia di celah gigi.eee…tergamak ke kita… minta dijauhkan dari segala keburukan.

Masa Rasulullah  melalui peristiwa israk dan mikraj seperti dalam sejarah Islam tu, Nabi Muhammad telah dipertontonkan dengan satu kaum mengerikan yang memiliki kuku daripada tembaga yang sedang mencakar-cakar wajah dan dada mereka sendiri..

 Rasulullah pun Tanya pada Jibrail “siapa mereka tu?” jibrail menjawab: mereka ialah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah orang lain. (hadis riwayat abu daud)

والله اعلم - - (“,) solusi isu 30

Monday 11 April 2011

sibuk...

minggu ni memang x sempat nak upload blog...sekadar yang mampu je..terlalu bz.. bz dengan hal keduniaan.. blog pun hal dunia.hehe.perlu ada ruang untuk diri sendiri dan ruang untuk mengingatkan  orang lain...ok jumpa nanti...

Friday 8 April 2011

lelaki vs perempuan mana lagi boros?

siapa ye...rasanya sama je..bila time dapat gaji..kaum wanita berpusu-pusu membeli-belah... tapi kalo tengok lelaki...time ada duit ke takde ke...bila masuk kedai kasut.mak ai..kasut dia punya la mahal...sama harga dengan cincin emas perempuan..

orang perempuan pulak, bila jumpa alat make up...walaupun dah ada 10 kat rumah..jumpa yang baru terus sambar...buat-buat lupa set tu dah ada kat umah kan? :)
orang laki pulak...beli barang make up kereta..maklum la dah jadi bini no.2.

siapa yang gila perfume plak..yang kat umah x habis guna lagi dah beli yang baru...yang ni rasanya sama je laki perempuan...yela kalau tengok balik, tak kan la 1 botol perfume habis guna sehari kan... bila tanya "boring la 1 bau je setiap hari" katanya...ingat murah ke sebotol tu...

bila sampai time hujung bulan.... alamak!! kena puasa....sebab apa? duit habis...siapa nak jawab?... ko jawab la sendiri

Wednesday 6 April 2011

cantik ke tulisan anda..

betul ke tulisan kita mempengaruhi tingkah laku..maksudnya tulisan seseorang melambangkan diri seseorang.. kalau difikirkan..ada betul nya.macam entry baru ni..apa yag kita pegang pun boleh  bagi kesan pada diri kita kan.:)
baru je baca mengenai rahsia tulisan dr fadzilah kamsah
jadi korang boleh la tengok korang ni shat ke tak..mesra or tak...
huruf yang ditulis pun ada makna.pada huruf tertentu..contohnya macam huruf J G Y Z...
tapi ada jugak orang yang tak setuju atau tak berapa kena dengan diri.tapi yang pasti tulisan kita melambangkan diri kita..
sebab apa..maklum la keje cikgu..macam2 tulisan boleh tengok..hehe...jadi boleh tengok perangai budak-budak
jadi saya kongsikan dengan siapa yang membacanya.

Pertama : Tekanan
i. Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
· Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif
ii. Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
· Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit
Kedua : Bentuk Tulisan
i. Tulisan yang bulat-bulatSemua huruf ditulis dengan bulat
· Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)
ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leperTulisan yang angular dan sharp
· Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)
Ketiga : Kecondongan
i. Condong ke kanan· Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih
sayang, berani, pemurah
ii. Condong ke kiri
· Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka
campur orang
iii. Tegak· Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan
tengah
iv. Campur-campur· Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)
Keempat : Kerapatan
i. Jarang-jarang
· Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.
ii. Rapat-rapat
· Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut
Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z
i. Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna
· Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan
b) Kecil, pendek dan tak sempurna
· Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri
Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)
i. Tinggi
· Tahap aspirasi tinggi
ii. Rendah
· Mudah berpuas hati, cita-cita rendah
iii. Tengah-tengah
· Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana
Rumusan : -
Tulisan mencerminkan peribadi… Kita boleh menukar tulisan kita untuk mengubah peribadi dan Personaliti kita dengan sengaja supaya kita cemerlang dalam hidup…

santai 1...

dah penat-penat wat keje kita rehat jap.baca citer ni ni.hehe

Ada dua orang gila yang sedang berbual di rumah sakit jiwa Tampoi.

Orang gila 1 : ( sambil naik atas meja ) "Kamu tahu tak?"

Orang gila 2 : "Tahu apa?" Orang gila 1 : "Aku nie matahari ( sambil mengangkat tangannya tinggi-tinggi ) lihat lah terang dunia ini disebabkan aku!"

Orang gila 2 : ( dalam hati ) "Jangan-jangan dia ini bertambah gila, aku mesti lapor pada doktor biar dia diperiksa..."

Sambil berlari orang gila 2 tadi pergi ke bilik doktor dan menceritakan apa yang berlaku:

Orang gila 2 : "Doktor, kawan saya itu mungkin bertambah gilanya."

Dokter : "Kenapa?"

Orang gila 2 : "Benar doktor, dia naik ke atas meja sambil mengangkat tangannya dia cakap dia adalah matahari, dunia ini terang dia yang buat."

Dokter : "Kalau begitu suruhlah kawan kamu tu turun."

Orang gila 2 : "Jangan doktor, nanti kalau dia turun gelap dunia ini nanti..."

Dokter : "???"

ilmu baru tentang al-quran

tadi baru je cari info baru.pas tu tengah cari2 jumpa la satu laman sesawang ni.menarik.cerita tentang isi kandungan al-quran...kalo orang tanya pastu x dpt jawab.taip je laman tu semua keluar.kira nak jadi bukti la. kalo x paham pun boleh buka jgk web tu.insyaallah banyak manfaat nya. tapi dia punya nama ada pelik sikit la.hehe

http://osamabinladen.wordpress.com/

Dari mata ke hati…


Fuhh..dah lama tak menjengah ke blog ni..sibuk sangat la..banyak sangat program…
Tengah rehat tadi tonton rancangan dari mata ke hati saluran astro oasis..dia punya pengacara prof dr muhaya…jarang sangat tengok…itu pun alih siaran tengok menarik pulak..hehe… biasa la kita ni program ilmiah susah sangat nk tengok kan?

Tajuknya bersangka baik…
Prof. cakap tingkah laku kita manusia ni mengikut keadaan sekeliling…bergantung pada siapa kita berkawan. Kalo baik kawan jadi baik la kita.kalo jahat maka ikut jahat la kita.mula-mula pemahaman tu tahap yang biasa je la..

Lepas tu, prof. buat satu simulasi pada sorang penonton dengan menyuruh penonton depa kan tangan sebelah kanan..pas tu prof. menolak tangan pembantu dia tu ke bawah dan suruh dia lawan tolakan tu..jadi kita boleh tengok daya kekuatan dia melawan tolakan..

Kemudian, prof. bagi satu beg kertas dengan meletakkan sesuatu dalam beg tu tapi pembantu tu tak boleh melihat apa yang ada dalam beg tu. Kira kita bagi nama beg tu beg A la...jadi tangan sebelah kiri pegang beg tu…lagi sekali prof tolak tangan kanan yang di depa kan tadi..daya kekuatan pembantu dia tu makin lemah

 Pas tu, prof. tukar plak beg kertas tu dengan beg kertas satu lagi iaitu beg B dan suruh lagi pembantu dia pegang macam yang tadi..dan sekali lagi prof. tolak tangan kanan pembantu ke bawah dan bila dilihat… daya kekuatan dia melawan tolakan sangat kuat.

Akhir sekali, prof. muhaya mengeluarkan apa yang ada dalam beg tu… nak tau apa yang ada dalam beg A tu satu buku catalog…dan…beg B tu apa dia? Senaskhah al-Quran… wow!!! Hebat nya… arus elektrik yang ada dalam badan kita ni ada tarikan dengan sesuatu tanpa kita ketahui manfaat atau keburukannya.

Jadi setiap tindakan kita dipengaruhi oleh apa yang kita sentuh, lihat dan dengar…jadi berhati-hati… boleh buat eksperimen ni..(“,)

Buat eksperimen pada air…molekul air. Percaya tak ia nya boleh berubah bila kita membaca sesuatu pada air sebelum minum. Jadi sebelum minum baca lah bismillah ok..try it!!!

Friday 1 April 2011

santai...

ada tiga orang sahabat yang tinggal bersama di bandar...mereka tinggal di tingkat lima puluh rumah pangsa..setiap hari mereka pergi bekerja bersama-sama..apabila hendak keluar rumah mereka akan pastikan suis barangan eletrik akan ditutup dan rumah dalam keadaan kemas...

pada suatu hari mereka pergi bekerja dan balik pada lewat petang...apabila sampai di pintu lif...papan tanda bertulis "lif rosak" telah di letakkan di situ..sedih la mereka bila penat dari bekerja tu.. mereka pun terpaksa la mendaki tangga yang disediakan.

sahabat yang pertama pun berkata..."kita naik tangga mesti penat jadi kita tak boleh berbual sambil ketawa nanti mesti lagi penat"...kita mesti cerita yang sedih2.sahabat yang lain pun bersetuju.

jadi sahabat pertama pun bercerita lah mengenai kehidupan keluarganya yang susah...adik-beradik yang ramai...mak dan ayah tidak dapat menyara hidup mereka..jadi mereka bertiga sedih dengan cerita tu..akhirnya sampai ke tingkat dua puluh.

sahabat kedua pula bercerita tentang hidupnya yang lebih menyedihkan...mak dan ayahnya sudah meninggal dunia masa kecik lagi. dia tinggal dengan saudara...jadi mereka bersedih akhirnya sampai ke tingkat empat puluh lima.
tinggal lima tingkat lagi.

jadi mereka pun berkata em.nampaknya kita dh hmpir sampai....sahabat ke tiga mesti cerita agar kita cepat sampai..
sahabat ke tiga ber kata "cerita saya lagi sedih dari cerita kamu berdua... sebenarnya.... kunci rumah kita tertinggal dalam kereta..maka terkejut la sahabat tu...memang sedih..mereka pun termenung...:(

terima kasih...

hari ni...sudah masuk beberapa minggu menjadi blogger..rasa gembira sebab ramai rakan-rakan yang menyokong...dan banyak memberi pendapat apa yang perlu dimasukkan supaya menjadi bacaan bersama.walaupun masih dalam proses tambah baik blog ni..banyak lagi yang perlu dibaiki...segala pandangan dari anda amat dialu-alukan..terima kasih(",)