Thursday 31 March 2011

Petua mendapat ilmu yang banyak dan berkat (“,)

SEBELUM KITA MENUNTUT ILMU.IKHLAS KAN DIRI AGAR MENDAPAT KEBERKATAN DARI-NYA...AMIN...(",)

ü  Perkara paling asas sebelum, semasa dan selepas menuntut ilmu, NIAT YANG IKHLAS. Niat tersebut mestilah:
-          Ilmu dituntut kerana Allah bukan kerana duniawi.
-          Niat belajar untuk mengeluarkan diri daripada kelompok mereka yang jahil
-          Niat untuk menyebarkan ilmu yang ada itu dan memanfaatkannya dengan membantu masyarakat.
ü  Jauhi maksiat yang menggelapkan hati
ü  Tuntut ilmu di mana pun kita berada.ilmu bukan je di sekolah tapi  rumah, pejabat,masjid dan banyak lagi.

ü  Ibn Abbas di Tanya: bagaimana kamu perolehi ilmu yang banyak? Maka beliau menjawab; dengan banyak bertanya. Manakala imam Abu hanifah pula manjadi alim kerana banyak berbincang dan berdebat.

ü  Hendaklah sentiasa mengulang kaji pelajaran dan jangan malas.

ü  Sentiasa bersyukur dengan lisannya dan seluruh anggota badannya dan meyakini bahawa segala ilmu itu adalah anugerah Allah.

ü  Sentiasa memohon hidayah daripada Allah dengan berdoa. Mohonlah juga moga Allah tambah ilmu kita dan terangkan hati untuk menerima ilmu yang baru dan memahaminya.

ü  Sentiasa memohon perlindungan kepada Allah daripada sifat bakhil termasuklah bakhil ilmu. Jadi mesti sampaikan ilmu pada orang lain juga.

ü  Berusaha untuk zuhud iaitu tidah tamak dengan harta.

ü  Tentukan masa mengulang kaji. Belajar secara konsisten setiap hari walaupun tidak lama.

ü  Elakkan bosan dalam belajar.anggap belajar itu menyeronokkan dan santapan paling enak untuk minda.

Solusi : 30 (“,)

اللهم افتح علينا حكمتك وانشر علينا من خزائن رحمتك يا ارحم الرحمين

1 comment: